SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday 17 July 2011

APAKAH CIRI-CIRI KEBAHAGIAAN SEJATI DAN KECEMERLANGAN YANG HAKIKI ????

      Sebuah kebahagiaan yang sejati adalah apabila kita berjaya
menjalani hidup yang berkualiti, sihat sejahtera, dan aman serta
gembira. Bertanyalah kepada hati sanubari anda, apakah kita sering
sakit, murung, kecewa, tidak puas hati, resah gelisah dan gundah
gelana. Ini melambangkan kita masih lagi menemui jalan yang buntu
untuk mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki.
      Kebahagiaan ada kaitannya dengan kekuatan jiwa, kerohanian `
dan lebih tepat lagi KEAGAMAAN. Sekiranya kita dapat menghayati ,
menguasai dan memenuhi kehendak-kehendak agama nan suci, kita
akan merasa bahagia dan hidup kita akan menjadi cemerlang..

      Berbalik kepada kehidupan kita sebagai seorang pelajar atau
penuntut . Apakah kebahagiaan sejati yang kita buru . Kebahagiaan
yang diperlukan oleh seorang pelajar adalah :
        
         1. Mempunyai halatuju yang jitu dalam perjuangan cita-cita
         2. Mempunyai tahap kesihatan yang baik melalui :-
                  a. Pemakanan yang baik
                  b. Riadah yang terancang
                  c. Rehat yang berkualiti
                  d. Rekreasi yang sempurna dan
                  e. Masa belajar yang terancang
          3. Mendapat kasih-sayang yang sejati dari ayah dan ibu
          4. Mendapat dorongan dan sokongan dari guru
          5. Keceriaan terbayang di wajah dan pakaian yang kemas
          6. Beribadah dengan sempurna dari segi masa dan penghayatannya dan
          7. Jiwa yang tenang dari hati yang bersih lagi tenteram

No comments:

Post a Comment