SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday 18 July 2011

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN ??????

1. BUAT PERANCANGAN YANG RAPI

     

        Tulis di atas sehelai kertas apakah yang ingin anda capai 
dan apakah yang harus anda lakukan untuk mencapai target
berikut. Sebagai contohnya :
                         Target                    Tandakan
                       Matematik A1           Setiap hari saya mesti buat latihan 
                                                         Matematik 3jam sehari.
   Anda juga harus kenalpastikan kelemahan diri anda . Senarai
dan berikan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah dan
kelemahan tadi. Tampalkan kertas itu di dinding .Mula bertindak.

2. DISIPLIN DIRI


    Orang yang cemerlang mempunyai kekuatan diri dan disiplin
yang tinggi . Kita mesti mempunyai semangat yang jitu dan ketekunan 
yang tinggi di dalam mengejar cita-cita. Teguhkan iman dan jangan
terpengaruh kepada gangguan-gangguan yang boleh merosakkan 
masa depan kita sebagai :

 a. Kawan-kawan yang tidak ada matlamat hidup
 b. Tekanan jiwa dan keluarga
 c. Masalah peribadi yang remeh-temeh
 d. Televisyen dan radio
 e. Majalah hiburan yang tidak membantu bahasa kita
 f. Sikap negatif seperti malas, jemu, mudah letih dan ll

3. SABAR DAN TABAH

Sabda Rasulullah SAW, yang bererti ;

      "SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN "
       
        Seseorang yang bersifat sabar akan mempunyai keupayaan untuk 
menyelesaikan kerja-kerja yang payah dan sukar akan mengecapi
kejayaan yang tinggi. Segala kerja-kerjanya boleh diselesaikan dengan
teratur dan boleh menyelesaikan permasalahannya dengan tenang.

4. PENGURUSAN YANG BERKESAN 

    Kita sebagai seorang pelajar ingin berjaya mestilah
mempunyai keupayaan dan kemahiran pengurusan yang berkesan.
Kemahiran ini boleh didapati dari pengalaman, menghadiri seminar, 
dan membuat pembacaan. Kemahiran-kemahiran yang dijalankan
tersebut seperti berikut :

 a. Kemahiran pengurusan diri
 b. Kemahiran pengurusan peralatan seperti buku, alat tulis dan
     keperluan lain
 c. Kemahiran pengurusan minda

5. IKHLAS, JUJUR DAN BERSERAH KEPADA ALLAH


    Dalamsetiap tindak tanduk kita mestilah sentiasa ikhlas, jujur
dan segala usaha kita hendaklah kita berserah kepada ALLAH Yang
Maha Kuasa untuk diredhaiNya. Sekiranya kita berfikiran begitu,
kita akan sentiasa menjadi makhluk yang redha dan rezeki akan
menjadi lebih murah serta cemerlang.
   Ingatlah selepas kita berusaha, berserahlah kepada Allah supaya
menjadi lebih berkat dan berjaya sepertimana firman Allah yang
bermaksud :

          "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu supaya bekerja
      (dengan cemerlang) kerana Allah akan menyaksikan
       pekerjaan kamu, juga RasulNya dan kaum Mukmin ".
                                                                     
                                                                         At Taubah : 105
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
   
      "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi apabila salah seorang
daripada kamu bekerjadenagn tekundan berkhidmat
dengan cemerlang ".
                                                                           Riwayat Al Baihaqi
 

1 comment: