SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday 20 July 2011

MANUSIA YANG CEMERLANG DALAM ISLAM

CIRI-CIRI ORANG CEMERLANG

 1. Berani kerana benar dan tegas bertindak
 2. Kuat berusaha tanpa mengenal penat, jemu maupun lelah
 3. Mempunyai matlamat untuk berjaya dan cemerlang serta
     berusaha menzahirkannya
 4. Yakin terhadap bakat dan keupayaan yang dianugerahi Allah
     kepadaNya.
 5. Menerima kritikan dengan ikhlas dan menghargai dorongan
     nasihat orang
 6. Menjaga ibadah dan ketaatan kepada Allah
 7. Tahu mengguna dan menghargai masa dengan betul
 8. Mempunyai daya tumpuan atau konsentrasi yang tinggi di
     dalam melakukan kerja dan ibadah
 9. Menggunakan bakat, potensi dan kekuatan yang dianugerahi
     Allah pada masa dan tempat yang sesuai
 10. Melaksanakan tugas dengan tepat dan sempurna pada setiap
      masa dan menyedari hak serta tanggungjawab sebagai hamba
      dan khalifah` Allah di muka bumi ini

MANUSIA YANG CEMERLANG DALAM ISLAM

A. PERIBADI
  
     1. Zahir
            - pakaian
            - bahasa
            - penampilan
            - kesihatan
     
     2. Batin
            - ilmu
            - penghayatan
            - keikhlasan

B. ORGANISASI

  1. Iman yang mendalam - untuk lahirkan ummah yang berkualiti
      - menyeru ke arah kebaikan
      - mencegah kemungkaran
      - beriman kepada Allah
  2. Pengurusan yang rapi
  3. Jihad yang berterusan

Monday 18 July 2011

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN ??????

1. BUAT PERANCANGAN YANG RAPI

     

        Tulis di atas sehelai kertas apakah yang ingin anda capai 
dan apakah yang harus anda lakukan untuk mencapai target
berikut. Sebagai contohnya :
                         Target                    Tandakan
                       Matematik A1           Setiap hari saya mesti buat latihan 
                                                         Matematik 3jam sehari.
   Anda juga harus kenalpastikan kelemahan diri anda . Senarai
dan berikan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah dan
kelemahan tadi. Tampalkan kertas itu di dinding .Mula bertindak.

2. DISIPLIN DIRI


    Orang yang cemerlang mempunyai kekuatan diri dan disiplin
yang tinggi . Kita mesti mempunyai semangat yang jitu dan ketekunan 
yang tinggi di dalam mengejar cita-cita. Teguhkan iman dan jangan
terpengaruh kepada gangguan-gangguan yang boleh merosakkan 
masa depan kita sebagai :

 a. Kawan-kawan yang tidak ada matlamat hidup
 b. Tekanan jiwa dan keluarga
 c. Masalah peribadi yang remeh-temeh
 d. Televisyen dan radio
 e. Majalah hiburan yang tidak membantu bahasa kita
 f. Sikap negatif seperti malas, jemu, mudah letih dan ll

3. SABAR DAN TABAH

Sabda Rasulullah SAW, yang bererti ;

      "SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN "
       
        Seseorang yang bersifat sabar akan mempunyai keupayaan untuk 
menyelesaikan kerja-kerja yang payah dan sukar akan mengecapi
kejayaan yang tinggi. Segala kerja-kerjanya boleh diselesaikan dengan
teratur dan boleh menyelesaikan permasalahannya dengan tenang.

4. PENGURUSAN YANG BERKESAN 

    Kita sebagai seorang pelajar ingin berjaya mestilah
mempunyai keupayaan dan kemahiran pengurusan yang berkesan.
Kemahiran ini boleh didapati dari pengalaman, menghadiri seminar, 
dan membuat pembacaan. Kemahiran-kemahiran yang dijalankan
tersebut seperti berikut :

 a. Kemahiran pengurusan diri
 b. Kemahiran pengurusan peralatan seperti buku, alat tulis dan
     keperluan lain
 c. Kemahiran pengurusan minda

5. IKHLAS, JUJUR DAN BERSERAH KEPADA ALLAH


    Dalamsetiap tindak tanduk kita mestilah sentiasa ikhlas, jujur
dan segala usaha kita hendaklah kita berserah kepada ALLAH Yang
Maha Kuasa untuk diredhaiNya. Sekiranya kita berfikiran begitu,
kita akan sentiasa menjadi makhluk yang redha dan rezeki akan
menjadi lebih murah serta cemerlang.
   Ingatlah selepas kita berusaha, berserahlah kepada Allah supaya
menjadi lebih berkat dan berjaya sepertimana firman Allah yang
bermaksud :

          "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu supaya bekerja
      (dengan cemerlang) kerana Allah akan menyaksikan
       pekerjaan kamu, juga RasulNya dan kaum Mukmin ".
                                                                     
                                                                         At Taubah : 105
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
   
      "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi apabila salah seorang
daripada kamu bekerjadenagn tekundan berkhidmat
dengan cemerlang ".
                                                                           Riwayat Al Baihaqi
 

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENDAPAT TAHAP KEBAHAGIAAN DAN KECEMERLANGAN???????

1. ILMU
                                    (HARUS DIINGAT SEPERTI GAMBAR DIBAWAH )
   Ilmu adalah eset yang paling besar terhadap nilai atau kualiti
manusia di abad ke-21.Orang yang mempunyai sijil dan ijazah
serta kepakaran akan hidup senang-lenang dan akan dapat
mengecapi sebuah kehidupan yang bahagia lagi ceria.
   Kita sebagai pelajar hari ini haruslah berikhtiar untuk mengejar
ilmu ini melalui mencari motivasi diri serta menguasai kemahiran
belajar untuk mempermudahkan lagi proses pembelajaran yang
berkesan. 

2. AGAMA
   Agama adalah penyelamat dan panduan hidup yang sempurna.
Pelajar yang mentaati agamanya akan memperolehi kejayaan yang
tinggi dalam kehidupan mereka. Manusia atau makhluk dicipta
sebegitu rupa untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Sesiapa yang berjaya menguasai ilmu dan mengamalkan ajaran
agama maka mereka akan memperolehi kebahagiaan dan
kecemerlangan yang sejati dan hakiki .

3. HUBUNGAN KEMANUSIAAN
   Kita hidup bermasyarakat tidak boleh lari dari berkomunikasi
dan hidup bermasyarakat. Kemahiran dan keupayaan kita
berkomunikasi dengan manusia lain selain daripada ibu bapa dan
guru kita akan melahir dan mencanaikan corak hidup kita ke arah
yang lebih sempurna dan cemerlang.
        Biasanya, pelajar yang pandai menjaga maruah diri dan pandai
menghormati orang lain akan menjadi manusia yang sempurna dalam
mengisi kerjaya mereka di hari-hari depan.
   
Di antara ciri-ciri orang yang berjaya di dalam hubungankemanusiaan adalah :
    a. Berjaya membahgiakan orang lain
    b. Disenangi rakan dan disegani oleh musuh
    c. Mempunyai keterampilan diri
    d. Percakapan yang lancar dan jelas
    e. Mempunyai sikap terbuka dan terus-terang
    f. Perwatakan dan bahasa yang sopan-santun dan
    g. Pandai menggunakan bahasa badan (body-language)


4. ADA MATLAMAT JANGKA PANJANG DAN PENDEK
    
     Kematangan hidup mengajar kita mengatur aspirasi dan cita-
cita kita. Orang yang cemerlang mempunyai cita-cita dan matlamat
jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Matlamat jangka pendek adalah untuk :
     
      a. Belajar dengan seronok lagi berkesan dan
      b. Mendapat keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan

Matlamat jangka panjang pula :

      a. Ingin memasuki Universiti
      b. Memilih bidang yang mencabar dan kerjaya yang lumayan
      c. Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan lumayan dan
      d. Hidup yang sempurna di dunia dan akhirat

5. KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
  
       Kesihatan adalah merupakan faktor uutama ke arah
kecemerlangan hidup dan kejayaan seorang pelajar. Faktor utama
kesihatan fizikal dan mental adalah :
     
     a. Pemakanan yang terancang lagi berkualiti
     b. Riadah yang terancang
     c. Fikiran yang positif lagi terbuka dan
     d. Tidur dan rehat yang berkualiti

Sunday 17 July 2011

APAKAH CIRI-CIRI KEBAHAGIAAN SEJATI DAN KECEMERLANGAN YANG HAKIKI ????

      Sebuah kebahagiaan yang sejati adalah apabila kita berjaya
menjalani hidup yang berkualiti, sihat sejahtera, dan aman serta
gembira. Bertanyalah kepada hati sanubari anda, apakah kita sering
sakit, murung, kecewa, tidak puas hati, resah gelisah dan gundah
gelana. Ini melambangkan kita masih lagi menemui jalan yang buntu
untuk mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki.
      Kebahagiaan ada kaitannya dengan kekuatan jiwa, kerohanian `
dan lebih tepat lagi KEAGAMAAN. Sekiranya kita dapat menghayati ,
menguasai dan memenuhi kehendak-kehendak agama nan suci, kita
akan merasa bahagia dan hidup kita akan menjadi cemerlang..

      Berbalik kepada kehidupan kita sebagai seorang pelajar atau
penuntut . Apakah kebahagiaan sejati yang kita buru . Kebahagiaan
yang diperlukan oleh seorang pelajar adalah :
        
         1. Mempunyai halatuju yang jitu dalam perjuangan cita-cita
         2. Mempunyai tahap kesihatan yang baik melalui :-
                  a. Pemakanan yang baik
                  b. Riadah yang terancang
                  c. Rehat yang berkualiti
                  d. Rekreasi yang sempurna dan
                  e. Masa belajar yang terancang
          3. Mendapat kasih-sayang yang sejati dari ayah dan ibu
          4. Mendapat dorongan dan sokongan dari guru
          5. Keceriaan terbayang di wajah dan pakaian yang kemas
          6. Beribadah dengan sempurna dari segi masa dan penghayatannya dan
          7. Jiwa yang tenang dari hati yang bersih lagi tenteram

PENDIDIKAN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDIDIKAN di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan 
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakatdan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Matlamat Pendidikan Negara ialah supaya setiap pelajar
dapat menyesuaikan diri kepada keadaan dan persekitaran, dapat
berfungsi secara berkesan dan produktif terhadap kemajuan diri, 
perpaduan rakyat dan terhadap proses permodenan dan perindustrian 
negara.

Matlamat ini dicirikandengan katogeri perkembangan diri yang
ditujukan kepada :
       Kerohanian, pemikiran dan penaakulan,
                                        kesejahteraan diri, kemahiran hidup, rekreasi, daya rasa,daya 
keratif/daya cipta dan sikap positif.

Orientasi kepada masyarakat ditujukan kepada :
                                  Kemahiran berinteraksi,politik, perpaduan negara, sosio-
        budaya dan alam semulajadi, ekonomi dan modenisasi ".
 

Monday 11 July 2011

KENANGAN LALU....PICNIC AT LATAR TEMBAKAH WITH MY FRIEND,......08/06/2011...MISS GLER SAAT2 NIE...

8/06/11  LATAR TEMBAKAH..
MISS SGT2 SAAT NIE...
HARAP DPT JMPE KWN2  RMAI2..
CAM 2.....BEST SGT2...

 MSE NIE....POSING ATAS JAMBATAN GANTUNG
KAT LATAR.....HEHEHE.....

KPD KWN2....Y XDPT JOIN.....LAIN KLI LEH JOIN AGI..
 KUMPUL RAMAI2........SEMPAT AGI AMEK GMBR TIME NIE..
BAS DH NK TOLAK PN...HUHU


















BAGI YANG BERMINAT UNTUK MEMOHON BIASISWA JPA.....BOLEH MERUJUK SYARAT2 PERMOHONAN SBLUM MMBUAT PERMOHONAN....

BAGI PELAJAR LEPASAN SPM OR STPM....
BOLEH MMHON BIASISWA JPA.....
OPPPS.....TPI OPERLU RUJUK DAHULU SYARAT2 PERMOHONAN
JGN MAIN APPLY JER...
PASTIKAN ANDA MEMENUHI SYARAT
SBLUM MMHON BIASISWA,,
ANDA BOLEH LA MERUJUK DI
LAMAN INI .http://www.jpa.gov.my/index.ph​p?option=com_content&view=arti​cle&id=464%3Aprogram-ijazah-a-​diploma-dalam-negara&catid=59&​lang=ms
 

Saturday 9 July 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU LEPASAN STPM 2010

SEMAK KEPUTUSANKE IPTA (IJAZAH PERTAMA ) MULAI 12.00 TGHRI 15/7/11 DI http://upu.mohe.gov.my/ @ TAIP UPU RESULT [NO KP] DAN SMS KE 15888
 
SEMOGA TEMAN2 SEPERJUANGAN KU MENDAPAT TEMPAT DI IPTA YANG SELAYAKNYER 
HOPE SGT2....SEMOGA ALLAH KABULKAN DOA KU DAN DOA2 IBUBAPA KU.......
AMIN2 YA RABBAL ALAMIN....................