SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, 18 July 2011

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENDAPAT TAHAP KEBAHAGIAAN DAN KECEMERLANGAN???????

1. ILMU
                                    (HARUS DIINGAT SEPERTI GAMBAR DIBAWAH )
   Ilmu adalah eset yang paling besar terhadap nilai atau kualiti
manusia di abad ke-21.Orang yang mempunyai sijil dan ijazah
serta kepakaran akan hidup senang-lenang dan akan dapat
mengecapi sebuah kehidupan yang bahagia lagi ceria.
   Kita sebagai pelajar hari ini haruslah berikhtiar untuk mengejar
ilmu ini melalui mencari motivasi diri serta menguasai kemahiran
belajar untuk mempermudahkan lagi proses pembelajaran yang
berkesan. 

2. AGAMA
   Agama adalah penyelamat dan panduan hidup yang sempurna.
Pelajar yang mentaati agamanya akan memperolehi kejayaan yang
tinggi dalam kehidupan mereka. Manusia atau makhluk dicipta
sebegitu rupa untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini.
Sesiapa yang berjaya menguasai ilmu dan mengamalkan ajaran
agama maka mereka akan memperolehi kebahagiaan dan
kecemerlangan yang sejati dan hakiki .

3. HUBUNGAN KEMANUSIAAN
   Kita hidup bermasyarakat tidak boleh lari dari berkomunikasi
dan hidup bermasyarakat. Kemahiran dan keupayaan kita
berkomunikasi dengan manusia lain selain daripada ibu bapa dan
guru kita akan melahir dan mencanaikan corak hidup kita ke arah
yang lebih sempurna dan cemerlang.
        Biasanya, pelajar yang pandai menjaga maruah diri dan pandai
menghormati orang lain akan menjadi manusia yang sempurna dalam
mengisi kerjaya mereka di hari-hari depan.
   
Di antara ciri-ciri orang yang berjaya di dalam hubungankemanusiaan adalah :
    a. Berjaya membahgiakan orang lain
    b. Disenangi rakan dan disegani oleh musuh
    c. Mempunyai keterampilan diri
    d. Percakapan yang lancar dan jelas
    e. Mempunyai sikap terbuka dan terus-terang
    f. Perwatakan dan bahasa yang sopan-santun dan
    g. Pandai menggunakan bahasa badan (body-language)


4. ADA MATLAMAT JANGKA PANJANG DAN PENDEK
    
     Kematangan hidup mengajar kita mengatur aspirasi dan cita-
cita kita. Orang yang cemerlang mempunyai cita-cita dan matlamat
jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Matlamat jangka pendek adalah untuk :
     
      a. Belajar dengan seronok lagi berkesan dan
      b. Mendapat keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan

Matlamat jangka panjang pula :

      a. Ingin memasuki Universiti
      b. Memilih bidang yang mencabar dan kerjaya yang lumayan
      c. Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan lumayan dan
      d. Hidup yang sempurna di dunia dan akhirat

5. KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
  
       Kesihatan adalah merupakan faktor uutama ke arah
kecemerlangan hidup dan kejayaan seorang pelajar. Faktor utama
kesihatan fizikal dan mental adalah :
     
     a. Pemakanan yang terancang lagi berkualiti
     b. Riadah yang terancang
     c. Fikiran yang positif lagi terbuka dan
     d. Tidur dan rehat yang berkualiti

No comments:

Post a Comment